Langkau pelayaran

Hari ini, banyak SMS yang saya terima daripada kenalan-kenalan saya mengucapkan ‘Selamat Hari Guru.’ Terima kasih buat semua yang memberikan ucapan tersebut. Saya, walaupun belum lagi menerima tawaran bekerja sebagai guru tetap, sangat menyayangi bidang perguruan ini. Sejarah hidup saya selama ini mengajar saya harga sebuah pendidikan.

Artikel saya bertajuk Guru Terbangsat mendapat komen serta kritikan ramai pihak. Mungkin tajuknya yang terlalu biadap membuatkan ramai yang tidak senang hati dengan artikel tersebut. Maaf dipinta andai bahasa saya di dalam artikel tersebut terlalu kasar sehingga pembaca tidak dapat menerima isi-isi yang diolah di dalamnya.

Sempena Hari Guru hari ini, saya tidak berniat untuk membuat ucapan kepada semua guru di Malaysia, apatah lagi memberi penghargaan kepada mereka.

Hari ini saya ingin membawa semua guru merenung kembali kehidupan kita sebagai seorang guru sama ada di sekolah, mahupun di luar sekolah. Perbetulkan niat kita, pertingkatkan keimanan kita, perbaiki keilmuan kita.

Kita jangan lupa kepada Guru Besar kita yang mengajar erti kehidupan yang sebenarnya. Guru kita yang sanggup berkorban sehingga penderitaan yang ditanggungnya demi kesejahteraan kita di dunia dan di Akhirat. Guru kita yang menempuh segala onak duri dalam membawa risalah kebenaran, mendidik ‘anak-anak murid’nya menjadi manusia yang paling baik. Guru kita yang membina jalan menuju kebahagiaan abadi, meninggalkan jejak langkah yang jelas, di atas jalan yang penuh berduri, semata-mata inginkan kita mencapai kehidupan bersama-samanya di Hari Kemudian. Baginda ialah RasuluLlah SAW – Guru yang layak menerima segala puji-pujian.

Tatkala kita sebagai guru berbangga dengan puji-pujian daripada anak-anak murid kita pada hari ini, seharusnya kita sedar dengan penuh mendalam bahawa baginda RasuluLlah SAW menjadi Guru kita berabad lamanya. Baginda mengajar umat manusia di dunia erti sebenar ilmu dan kehidupan. Al-Sunnah warisan baginda sepatutnya dijadikan rujukan kita dalam menempuhi dunia hari ini yang semakin hari semakin dicabar oleh pujuk rayu Iblis LaknatuLlah.

Kepada semua guru, sampaikanlah selawat dan salam ke atas baginda. Baginda tidak pernah melupakan kita sewaktu hayat baginda walaupun kita belum lagi dilahirkan.

Ya Allah, berikanlah kami kekuatan dalam mendidik hamba-hambaMu. Berikanlah kami cahaya kebenaran yang telah menerangi hamba-hamba yang Engkau cintai.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.