Langkau pelayaran

Blog ini disediakan kepada semua bakal guru, guru-guru, dan bekas guru untuk sama-sama bertukar pendapat dan idea dalam membantu antara satu sama lain. Pertanyaan, komen, pendapat, perkongsian ilmu, pengumuman acara, penulisan artikel, penghasilan karya, dan sebagainya dialu-alukan dengan mesra. Kesungguhan kita dalam menyediakan pendidikan yang bermutu haruslah dimulai dengan niat yang ikhlas.

Kebejatan sosial yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak serta remaja akhir-akhir ini merunsingkan kita selaku warga pendidik dalam mencorakkan generasi pewaris masa hadapan. Oleh itu, pendekatan yang benar-benar berkesan serta mobilisasi guru yang berterusan memungkinkan pengislahan corak pendidikan kebangsaan secara menyeluruh.

Diharapkan pelantar Gerakan Guru Sedar (GEGAR) ini dapat mencetuskan semarak baru buat guru-guru dalam memandu arah pendidikan ke matlamat yang benar lagi sahih. Semoga usaha kecil ini digandakan kebajikan di akhirat kelak.

Wassalam.

[Moderator blog GEGAR]

Info

  • 5.4 juta pelajar di seluruh negara
  • Indeks pembabitan pelajar dalam jenayah 0.03 peratus berbanding jumlah keseluruhan
  • Usia pelajar bermasalah 13 – 18 tahun
  • Statistik polis: 2007 – 1,837 kes jenayah dan 3,383 pelajar ditahan; 2008 – Meningkat kepada 2,218 kes dan 3,725 pelajar ditahan.
  • Kajian Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia dengan kerjasama Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Malaysia, 48.1 peratus samseng jalanan berpunca akibat kebosanan, 38 peratus bertujuan mengisi masa lapang dan 27.8 peratus dipengaruhi kawan.
  • Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia – Seramai 295 pelajar terbabit dalam pelbagai jenayah sepanjang tempoh dua bulan pertama tahun ini.
  • Kajian Universiti Malaya – masalah disiplin utama di sekolah adalah kecurian, buli, pergaduhan dan gangsterisme.

Sumber: Berita Harian

Read More »

Hari ini, banyak SMS yang saya terima daripada kenalan-kenalan saya mengucapkan ‘Selamat Hari Guru.’ Terima kasih buat semua yang memberikan ucapan tersebut. Saya, walaupun belum lagi menerima tawaran bekerja sebagai guru tetap, sangat menyayangi bidang perguruan ini. Sejarah hidup saya selama ini mengajar saya harga sebuah pendidikan. Read More »

Ayah, kenapa laki tu angkat perempuan tu letak atas katil? Lepas tu sorang lagi laki buka seluar?,”

tanya seorang anak kecil sambil menonton iklan filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam yang sedang ditayang di hadapan mereka sekeluarga.

Si ayah terkedu.

Mak, kenapa dalam akhbar ni laki dengan perempuan ni ditangkap sebab tidur sebilik? Mak dengan ayah tidur sebilik tak kena tangkap pun,”

tanya si anak itu lagi dengan penuh rasa ingin tahu.

Si ibu tersentak.

Read More »

Dari Institut Perguruan ke Baitul Muqaddis: Realiti Yang Tersembunyi[1]

`Izzat Anwari bin Hasni[2]

Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan

Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP)

Universiti Sains Malaysia (USM)

Muqaddimah

Sejak sekian lama Israel dan Amerika Syarikat menindas masyarakat dunia amnya dan umat Islam khususnya, masyarakat baru membuka mata apabila serangan ke atas Gaza secara besar-besaran dilakukan tanpa belas kasihan. Rakyat Malaysia mencurahkan rasa kebencian dan kemarahan terhadap Zionis, dalang utama di sebalik semua kezaliman yang berlaku. Dengan alasan mempertahankan diri daripada serangan tentera Hamas, Israel nampaknya gagal memperbodohkan masyarakat dunia melalui media sekaligus memperlihatkan ‘ubat pelali’ hasilan Zionis kurang mendatangkan hasil. Namun, persoalan utama yang harus diketengahkan ialah Read More »